In: Berita Pemuda
16 May 2009
Pergerakan Pemuda Umno mengariskan dua fasa utama misi meraih sokongan 6 juta pengundi muda dalam bersatu bersama pergerakan itu bagi menjayakan misi menawan kembali negeri ini pada pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali berkata, bergerak dengan satu moto baru ‘1 Pemuda Selangor – Pembela nasib Rakyat’ misi tersebut akan dijayakan selaras dengan falsafah ‘1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi Diutamakan’ seperti seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengikut anggaran, dua juta pengundi muda layak mengundi pada pilihanraya akan datang namun sekiranya pengundi muda layak mengundi dan sudah mendaftar atau yang belum, kita menganggarkan seramai 6 juta pengundi muda.
“Kepentingam pengundi ini pada pilihanraya akan datang menjadi tumpuan dalam membantu Pemuda menjayakan misi merampas semula Selangor, katanya.
Menurut Suhaimi, dua pendekatan telah diambil meliputi dua fasa iaitu fasa persedian meliputi gerak kerja memperkasakan jentera pemuda sebelum bersedia kefasa kedua iaitu pelaksanaan moto ‘1 Pemuda Selangor – Pembela Nasib Rakyat’.
“Moto baru ini bermakna Pemuda UMNO, MIC, MCA, Gerakan dan pemuda tidak berparti akan bergerak seiringan dalam menjayakan konsep 1 Malaysia.
“Kita akan memainkan peranan terhadap apa juga isu sensitif termasuk berjuang dan membela ketidakadilan yang dihadapi rakyat negeri ini serta memastikan kepimpinan Pemuda siap dengan jadual turun padang untuk mendengar suara akar umbi”.
Kata Suhaimi, turut diberi penekanan adalah penganjuran program untuk rakyat dan bukan bersifat syok sendiri selain mengamalkan sikap inklusif dengan memberi ruang kepada Pemuda parti komponen untuk menyumbang.
Selamat datang ke laman web YBhg Hj Suhaimi, Ketua Pemuda UMNO Selangor.