Informasi

Jentera Dimantapkan,
Pemuda Diperkasa,
Rakyat Diperjuangkan.
Faktor Dalam Penggubalan Halatuju Dan Objektif
- Kepentingan Negeri Selangor
UMNO perlu menawan kembali Negeri Selangor kerana ia merupakan Negeri yang amat penting melihat kepada faktor penyumbang tenaga buruh dan Guna Tenaga terbesar di Malaysia, menyumbang 18.5% tenaga buruh Malaysia. Selangor juga merupakan Negeri yang terkaya di Malaysia dan merupakan penyumbang KDNK Negara.
- Rakyat Yang Berbilang Kaum
Selangor mempunyai lebih kurang 5 juta penduduk. (2008 ; Melayu 52.9%, Cina 27.8%, Cina 27.8%, India 13.3% dan lain-lain bangsa 6%).
- Kepentingan Pengundi Muda
Mengikut anggaran, dua juta pengundi muda layak mengundi pada pilihanraya akan datang, manakala 4 juta pengundi muda yang layak tidak berdaftar pada pilihanraya yang lalu. Jika dikira bersama pengundi muda yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dan pengundi muda yang sudah berdaftar jumlah keseluruhan pengundi muda yang layak mengundi adalah 6 juta.
Jumlah keseluruhan pengundi terkini adalah 10.9 juta, ini bermakna jumlah pengundi muda bawah 40 tahun melebihi 50% daripada jumlah 16.9 juta pengundi yang dianggarkan layak mengundi, jika semua mendaftar sebagai pemilik. Justeru itu pengundi muda adalah merupakan segmen yang paling penting untuk diberi perhatian pada pilihanraya akan datang.
1 Pemuda Selangor – Pembela Nasib Rakyat
- Objektif utama Pemuda UMNO Selangor ialah untuk menawan kembali Selangor pada pilihanraya ke-13.
- Sejajar dengan saranan YAB Perdana Menteri dibawah falsafah 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan, Prestasi Diutamakan; Pemuda UMNO Selangor mencadangkan Slogan 1Pemuda Selangor – Pembela Nasib Rakyat berlandaskan falsafah Jentera Dimantapkan, Pemuda Diperkasa, Rakyat Diperjuangkan sebagai matlamat utama dalam melangkah kehadapan.
- 1Pemuda Selangor bermakna Pemuda UMNO Selangor akan bergerak senada dan seiringan dalam mencapai objektif menawan kembali Selangor dari pembangkang.
- 1Pemuda Selangor jua bermakna semua pemuda samaada dalam atau UMNO serta komponan BN mahupun pemuda tidak berparti akan dipadukan dalam mencari titik persamaan bagi mencapai matlamat 1Malaysia.
- Pemuda UMNO Selangor juga akan bertimbang rasa terhadap isu-isu perkauman yang mampu meminggirkan sokongan kaum bukan melayu kepada UMNO tanpa mengubah perjanjian awal ‘kontrak sosial’.
- Untuk berjaya dalam agenda ini, Pemuda UMNO Selangor harus memenangi hati rakyat dengan memperjuangkan dan membela ketidakadilan yang dihadapi oleh rakyat Selangor dengan menjadikan agenda rakyat satu keutamaan.
- Pemuda akan pro-aktif dan akan bertindak terhadap apa jua masaalah rakyat, agar merasakan kehadiran pemuda dalam membela nasib mereka supaya rakyat tahu suara pemuda adalah suara rakyat.
Halatuju dan Objektif Pemuda UMNO Selangor
Fasa 1 – Permulaan
- Pemimpin dipadukan
Bagi membentuk satu barisan jawatankuasa Pemuda Negeri yang bersatupadu, maka satu sesi “group binding” dan retreat bersama Ketua - Ketua Pemuda Bahagian akan diadakan bagi mendalami initipati serta objektif dalam perjuangan agar titik persamaan dapat disatukan bagi menghadapi rintangan dan cabaran.
Kepimpinan pemuda Negeri bersama – sama pemuda bahagian akan bergandingan bahu dan berkerjasama dalam meniup roh perjuangan keseluruh cawangan agar terus memberi khidmat membela rakyat.
Mengadakan perbincangan dengan pemuda BN dalam mengatur strategi dan program bersama agar pengukuhan dan semangat perpaduan serta persamaan dalam memperjuangkan nasib rakyat dapat direalisasikan atas landasan 1Pemuda Selangor.
Kepimpinan Pemuda UMNO Negeri / Pemuda BN akan menyediakan jadual turun padang bagi memastikan hasrat untuk mendengar suara akar umbi ini bukan retorik.
Fasa II – Persediaan
- Jentera Dimantapkan
Jentera Pemuda di setiap bahagian di Negeri Selangor ini juga perlu bersatu dan bersama percaya akan agenda perjuangan. Satu kursus akan retreat dan “brainstorming” bersama jawatankuasa pemuda bahagian akan diadakan bagi memantapkan jatidiri setiap daripada pemimpin peringkat akar umbi.
Menyedari jentera pemuda tiada waktu untuk berbulan madu dan lepas pandang bagi memahami dan menyelami rintihan serta aspirasi pemuda sehingga keperingkat akar umbi.
- Pemuda Diperkasa
Pemuda mendapat kekuatan daripada sokongan akar umbi, justeru kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian akan memberi landasan yang tidak terbatas untuk mendengar pendapat, idea dan suara Pemuda di akar umbi.
Mengembalikan kegemilangan zaman pemuda perkasa, apabila gelombang 1Pemuda Selangor meresapi disetiap ceruk dan pelusuk cawangan, maka itu pemuda telah bersedia menjadi benteng paling hadapan tanpa rasa gentar dan ragu akan agenda yang diperjuangkan.
- Perancangan dan Penyusunan Program
Pemuda UMNO Selangor akan memastikan perancangan dan penyusunan program-program yang akan memberikan manfaat kepada rakyat bukan lagi program yang “syok sendiri”.
- Pembentukan Biro – Biro Yang Relevan
Pemuda UMNO Selangor telah membahagikan tanggungjawab kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian berdasarkan keperluan dan relevan kepada kehendak rakyat terkini.
- Penyertaan Parti Komponen dan Bangsa Lain
Di peringkat perancangan, Pemuda UMNO Selangor akan mengamalkan sikap inklusif yang bermakna semua Pemuda parti komponen dan Pemuda bukan Melayu akan diberi ruang untuk menyumbang.
- Penggubalan KPI
Pemuda UMNO Selangor dengan bantuan Akademi Pemuda akan menggubal KPI untuk kepimpinan UMNO Negeri dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian. KPI ini akan mendapat persetujuan daripada Perhubungan UMNO Negeri sebelum dilaksanakan.
Fasa III – Perlaksanaan
- Mendengar dan Menjadi Suara Golongan Muda
Pemuda UMNO Selangor akan memastikan ia faham akan isu di negeri ini. Hanya dengan cara itu Pemuda UMNO Selangor akan dapat menjadi suara golongan muda termasuk persatuan belia, NGO, golongan usahawan muda, golongan professional muda dan lain-lain.
- Memahami dan Menguasai Media (Tradisional dan Alternatif)
Pemuda UMNO Selangor akan memastikan suara UMNO akan diperjuangkan melalui laman-laman web. Di samping itu, hubungan antara Pemuda dengan pemberita media tradisional akan kukuh agar mereka faham visi dan halatuju Pemuda Negeri.
- “Minda” Pembangkang
Pemuda akan memastikan isu-isu yang dekat dihati rakyat akan diperjuangkan secara proaktif dan pantas. Pembelaan keatas segala salah laku dan ketidak adilan Kerajaan Negeri akan diketengahkan.
- Pemantauan KPI dan Program
Pemuda UMNO Selangor akan bekerjasama dengan Pemuda UMNO Pusat untuk melakukan audit demi memastikan kepimpinan UMNO Negeri dan Ketua-Ketua Pemuda Bahagian melaksanakan tugas yang telah dipersetujui sebaik mungkin. Program juga akan diaudit dan dipntau dengan kerjasama Pemuda Pusat.





5 Responses to Informasi
Pemuda Telok Datok
May 30th, 2009 at 3:19 am
Kami Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok akan sentiasa berdiri bersama-sama kepimpinan Pemuda Negeri untuk merampas balik negeri kesayangan kami. InsyaAllah.
johnR
June 9th, 2009 at 12:11 pm
mengapa hanya ajk bahagian sepang sahaja ada dlm blog ini…tetapi nama pemuda selangor yang dihighlightkan…kenapa tidak dimasukkan semua bahagian di selangor…
harap dapat penambaikan agar tiada disalah ertikan..
t.q…
pejuang bangsa
July 24th, 2009 at 1:32 am
Tahniah Pemuda Selangor !! saya lihat Pemuda di sini mpy perancangan dan matlamat untuk kembali menawan semula Selangor. Di negeri lain seperti Kedah ,PP apa yang mereka cuba lakukan ??
hj shaiful
August 6th, 2009 at 11:31 am
saya rasa semua pemuda terutama ketua pemuda bahagian atau cawangan didedahkan dengan serius penggunaan it supaya segala aktiviti dan perancangan dapat dijalankan dengan berkesan dengan penyebaran maklumat yang pantas melalui sms atau email.
hj shaiful
August 6th, 2009 at 11:36 am
saya cadangkan sebarkan kepada semua pemuda cawangan gambar anuar ibrahim berdiri bersama barisan kuat DAP ,PAS dan PKR menyembah mayat baru baru ini supaya mereka dapat melihat bagaimana seorang melayu islam melakukan perkara yang tak sepatutnya dilakukan. masyaallah