Dalang Demontrasi : Pas Buat Tuduhan Liar Tutup Malu

In: Berita Pemuda

28 Dec 2009

Shah Alam — Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali menafikan parti terbabit mendalangi tindakan kira-kira 20 individu menyerahkan memorandum kepada Pas negeri berkenaan bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang semalam.

 

Tegas beliau memorandum yang dihantar oleh individu yang mendakwa pengundi Pas itu tidak ada kaitan langsung dengan UMNO sebaliknya adalah kesedaran penyokong mereka sendiri untuk berbuat demikian.

“Pemuda melihat dakwaan sedemikian rupa adalah percubaan untuk memburukkan imej UMNO sekali gus menimbulkan curiga dan kemarahan penyokong kuat Pas terhadap kita.

“Dan kita sama sekali enggan masuk campur dalam urusan Pas dan kini terserah kepada mereka kerana Pas mempunyai masa panjang untuk memerintah Selangor. Dan sepanjang tempoh itu rakyat boleh menilai dan melihat kelemahan mereka sebelum membuat ketentuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang”, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan pemimpin Pas bahawa UMNO Selangor mendalangi tindakan  kira-kira 20 individu menyerahkan memorandum kepada Pas negeri bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang semalam.


Suhaimi yang juga Ketua Pemuda Sepang seterusnya berkata pihaknya tahu wujud perpecahan dalam Pas di negeri ini kerana ada satu kumpulan mahu Pas keluar daripada pakatan pembangkang dan ada satu kumpulan lain mahu Pas kekal dalam pakatan itu.

“Ini gerakan orang Pas, sama ada atas inisiatif sendiri atau digerakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut Pas keluar dari pakatan berkenaan.

“Kita lihat ini hanya helah politik mereka kerana apabila mereka nak Pas keluar, kalau berjaya, mereka akan mendakwa ini adalah gerakan mereka dan kalau gagal, mereka akan salahkan UMNO”, ujarna.

Beliau seterusnya berkata apabila kerajaan pakatan pembangkang runtuh di Perak, pembangkang yang bimbang perkara sama berlaku di Selangor menggunakan isu itu sebagai platform untuk menyalahkan UMNO dan mengalih perhatian daripada kegagalan mereka menunaikan janji pilihan raya.

Komen anda

Info Web

Selamat datang ke laman web YBhg Hj Suhaimi, Ketua Pemuda UMNO Selangor.

  • Mohd Khairul IDzwan Bin Mohd Saad: apa kata kalo senanrai ajak disediakan untuk semua bahagian dipaparkan ke dalam PEMUDA UMNO SELANGOR [...]
  • norhayati: Syabas saya ucapkan kepada Pemuda Selangor kerana dapat menyediakan website rasmi Pemuda Selangor Ma [...]
  • lembu: salam bro, aku pun orang daerah sepang yg duduk kat sek 23 shah aalam, tolonglah jaga anak buah ko k [...]
  • hiruma: macam mane bleh pinjam byk2 macam tu..... aku nak wat pnjaman 20k pn x lpas.... [...]
  • naibketuapemuda cawangan sentosa jaya: bukan main begaya tn hj leeman kat belakang dato zahid tu..senyum je.. [...]
1PEMUDA SELANGOR – PEMBELA NASIB RAKYAT

Video Pilihan

 

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Dato' Sri Najib Razak
Khairy Jamaluddin
1Pemuda Selangor – Pembela Nasib Rakyat
pendaftaran keahlian umno
Photobucket