Demi Politik Sempit, Kebajikan Anak Yatim Pun Sanggup Dipermainkan

In: Berita Pemuda

2 Feb 2010

Sepang — Pemuda UMNO Selangor menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri menolak  usaha Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menyelamatkan tanahnya seluas 526 hektar di Serendah, Rawang sebagai perbuatan yang menzalimi rakyat.

Ketua Pemudanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata keengganan kerajaan negeri melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah tersebut yang berjumlah RM5.7 juta walaupun Yayasan Melaka sanggup membantu YBK membayarnya adalah satu keputusan yang boleh diduga.

Menurut beliau adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima akal, seorang pemimpin Melayu dan beragama Islam seperti Khalid sanggup mempermainkan sebuah pertubuhan kebajikan yang sejak dari dahulu membela nasib anak-anak yatim dan golongan miskin.

“Apa sudah jadi dengan slogan yang sering dilaungkan oleh pakatan pembangkang bahawa Selangor adalah negeri kebajikan? Apatah lagi ia berkait pembelaan terhadap anak-anak yatim dan golongan miskn.

“Sebagai ketua kerajaan sebuah negeri, Khalid sepatutnya merasa malu kerana ada pemimpin dari negeri lain sanggup menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh sebuah badan kebajikan di negeri yang dipimpinnya.

“Dia (Khalid) tak nak tolong satu hal, orang nak tolong pun dia tak bagi. Ternyata dia sanggup zalimi rakyat demi kepentingan politik sempit”, katanya di sini, hari ini

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan Selangor yang tidak mahu melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah tersebut yang berjumlah RM5.7 juta walaupun Yayasan Melaka sanggup membantu YBK membayarnya.

Suhaimi yang juga Ketua Pemuda Sepang seterusnya menambah adalah sesuatu yang menyedihkan tanah milik YBK yang sejak dari dulu menjadi sumber dana bagi menampung kos operasi rumah- rumah anak yatim dan membantu golongan miskin bakal hilang begitu sahaja hanya kerana yayasan itu tidak mampu melunaskan cukai tanah.

“Sebagai orang Islam, Khalid tentunya sedar dan memahami betapa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW amat membenci kepada pihak-pihak yang menzalimi dan menganiayai anak-anak yatim.

“Kalau kebajikan anak yatim dan golongan miskin pun dia sanggup permainkan apalagi yang boleh rakyat harapkan dari kerajaan yang kononnya mendakwa menjaga kebajikan rakyat”, ujarnya.

Komen anda

Info Web

Selamat datang ke laman web YBhg Hj Suhaimi, Ketua Pemuda UMNO Selangor.

  • Mohd Khairul IDzwan Bin Mohd Saad: apa kata kalo senanrai ajak disediakan untuk semua bahagian dipaparkan ke dalam PEMUDA UMNO SELANGOR [...]
  • norhayati: Syabas saya ucapkan kepada Pemuda Selangor kerana dapat menyediakan website rasmi Pemuda Selangor Ma [...]
  • lembu: salam bro, aku pun orang daerah sepang yg duduk kat sek 23 shah aalam, tolonglah jaga anak buah ko k [...]
  • hiruma: macam mane bleh pinjam byk2 macam tu..... aku nak wat pnjaman 20k pn x lpas.... [...]
  • naibketuapemuda cawangan sentosa jaya: bukan main begaya tn hj leeman kat belakang dato zahid tu..senyum je.. [...]
1PEMUDA SELANGOR – PEMBELA NASIB RAKYAT

Video Pilihan

 

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Dato' Sri Najib Razak
Khairy Jamaluddin
1Pemuda Selangor – Pembela Nasib Rakyat
pendaftaran keahlian umno
Photobucket