In: Berita Pemuda
24 Aug 2009
Shah Alam –- Pemuda UMNO menuntut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar mendedahkan butiran lengkap secara telus bagaimana beliau dapat membayar hutang bernilai RM66.67 juta dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) jika diarahkan berbuat demikian.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Ghazali berkata tindakan itu penting agar rakyat dapat mengetahui dan menilai sumber mana yang digunakan Menteri Besar untuk melunaskan hutang-hutangnya.
“Dari mana beliau dapatkan sumber kewangan itu….tidak kiralah kalau dia (Khalid) pinjam dari kawan-kawannya atau pinjam dari ah long sekalipun, rakyat kena tahu.
“Kita harap beliau boleh membentangkan laporan lengkap secara telus dan terbuka untuk rakyat mengadilinya”, katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas langkah Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur semalam yang memerintahkan Abdul Khalid supaya melunaskan pinjaman berjumlah AS$18.52 juta (RM66.67 juta) kepada BIMB yang digunakan untuk membeli saham Guthrie Berhad lapan tahun lalu.
Suhaimi seterusnya menyokong gesaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu Menteri Besar Selangor itu mendedahkan langkah-langkah yang akan dibuat bagi membayar hutang tersebut sekiranya rayuan Menteri Besar itu nanti ditolak mahkamah.
“Kita tidak mahu episod lembu korban berlaku lagi di negeri ini….guna duit rakyat Selangor untuk sedekah di Kuala Lumpur”, ujarnya.
Selamat datang ke laman web YBhg Hj Suhaimi, Ketua Pemuda UMNO Selangor.
2 Responses to Hutang MB Selangor : Dedah Sumber Wang Bayar RM66.67 Juta
Pemuda UMNO Penipu
August 28th, 2009 at 9:51 pm
Sila jelaskan pula istana Khir Toyo yang bernilai 24 juta tu! Bagaimana pula tentang skandal PKFZ yang berbillion-billion tu? Takkan nak lempar serta bunuh orang hanya kerana RM112?
hiruma
September 8th, 2009 at 3:19 pm
macam mane bleh pinjam byk2 macam tu….. aku nak wat pnjaman 20k pn x lpas….