JanganTipu Lagi!! Pemuda Ajak Rakyat Selangor Tuntut Janji

In: Berita Pemuda

19 Nov 2009

Batang Kali –  Pemuda UMNO Selangor diminta untuk mengedarkan salinan manifesto pakatan pembangkang pada pilihanraya umum lalu agar memudahkan rakyat menilai dan menuntut janji-janji yang ditaburkan.

 

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata rakyat khususnya di Selangor berhak menuntut janji tersebut supaya tidak terus ditipu pakatan pembangkang yang telah menguasai negeri ini lebih setahun yang lalu.

“Rakyat negeri ini mesti tahu dan menuntut hak seperti yang dijanjikan.  Pertama janji RM1,000 kepada semua anak Selangor yang berkaya ke Institut Pengajan Tinggi Awam dan Swasta mahupun ke luar negara.

 

“Kedua, janji mereka nak turunkan cukai pintu 20 peratus.  Ketiga mereka janji nak beri RM75 sebulan kepada setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak dan keempat bantuan RM50 sebulan kepada setiap murid yang mengikuti pendidikan pra sekolah”, katanya.

 

Beliau ketika berucap pada majlis penutup Program Pementasan Pemuda UMNO Hulu Selangor di Bandar Utama Bantang Kali di sini, baru-baru ini.

 

Malangnya tegas beliau bila sudah memerintah pakatan pembangkang meletakkan pelbagai syarat seperti kemasukan pelajar ke universiti hanya untuk mereka yang berpendapatan rendah sedangkan semasa berjanji syarat itu tidak dinyatakan.

 

“Cukai pintu tidak diturunkan 20 peratus malah dinaikkan lagi.  Ini membuktikan pakatan pembangkang hanya janji kosong.

 

“Rakyat perlu tahu janji ini dan tuntut hak mereka kepada pakatan pembangkang.  Jangan biarkan mereka terus menipu”, ujarnya.

Komen anda

Info Web

Selamat datang ke laman web YBhg Hj Suhaimi, Ketua Pemuda UMNO Selangor.

  • Mohd Khairul IDzwan Bin Mohd Saad: apa kata kalo senanrai ajak disediakan untuk semua bahagian dipaparkan ke dalam PEMUDA UMNO SELANGOR [...]
  • norhayati: Syabas saya ucapkan kepada Pemuda Selangor kerana dapat menyediakan website rasmi Pemuda Selangor Ma [...]
  • lembu: salam bro, aku pun orang daerah sepang yg duduk kat sek 23 shah aalam, tolonglah jaga anak buah ko k [...]
  • hiruma: macam mane bleh pinjam byk2 macam tu..... aku nak wat pnjaman 20k pn x lpas.... [...]
  • naibketuapemuda cawangan sentosa jaya: bukan main begaya tn hj leeman kat belakang dato zahid tu..senyum je.. [...]
1PEMUDA SELANGOR – PEMBELA NASIB RAKYAT

Video Pilihan

 

February 2010
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
Dato' Sri Najib Razak
Khairy Jamaluddin
1Pemuda Selangor – Pembela Nasib Rakyat
pendaftaran keahlian umno
Photobucket