Jentera Pemuda Selangor Tidak Akan Terperangkap Provokasi Lawan

In: Berita Pemuda

21 Aug 2009

dsc_19291

Permatang Pauh Tidak seperti kempen pembangkang yang terus berterusan menggunakan taktik serangan peribadi, kempen Barisan Nasional (BN) di Permatang Pasir jelas berhemah yang mengutarakan isu keamanan, kestabilan dan kemakmuran rakyat.

Ternyata BN tidak terikut-ikut dengan rentak sumbang pembangkang walaupun pihak lawan khususnya Pas tidak habis-habis memaki hamun, mencerca dan menabur fitnah kepada calon BN.

Pengarah Jentera Pilihanraya BN bagi Permatang Pasir, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berulang kali mengingatkan jentera terutama jentera Pemuda BN agar tidak melayan sebarang provokasi pembangkang sebaliknya terus mendekati pengundi secara berhemah tidak kira sama ada pengundi terbabit menyokong BN atau Pas.

Sebagai contoh ketika Zahid berkempen di Peti Undi Tanah Liat bersama jentera Pemuda UMNO Selangor, beliau bukan sahaja berjumpa dengan penyokong BN malah turut menegur dan beramah mesra dengan penyokong parti Pas.

Pendekatan itu ternyata menarik perhatian ramai pengundi termasuk di kalangan yang menyokong parti lawan.

Ini diakui sendiri, Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Selangor, Sulaiman Samia’an yang turut membantu berkempen di Permatang Pasir bagi membantu jentera BN yang menganggap pendekatan kempen BN ini berjaya mendekati pengundi pelbagai lapisan umur dan masyarakat.

“Pendekatan ini bukan sahaja kita baru pratikkan di sini malah sudah menjadi pegangan kita untuk tidak berkempen di luar batasan.

“Bagi jentera Pemuda Selangor, kita sentiasa digingatkan agar berdisplin, berhemah dan tidak terperangkap dengan taktik lawan”, katanya.

Malah Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Ghazali kata beliau lagi mahu jentera Pemuda UMNO Selangor menjadi contoh terbaik bukan sahaja di kalangan jentera lawan malah jentera Pemuda UMNO dari negeri-negeri lain.

1 Response to Jentera Pemuda Selangor Tidak Akan Terperangkap Provokasi Lawan

Avatar

naibketuapemuda cawangan sentosa jaya

September 4th, 2009 at 10:19 pm

bukan main begaya tn hj leeman kat belakang dato zahid tu..senyum je..

Komen anda

Info Web

Selamat datang ke laman web YBhg Hj Suhaimi, Ketua Pemuda UMNO Selangor.

  • Mohd Khairul IDzwan Bin Mohd Saad: apa kata kalo senanrai ajak disediakan untuk semua bahagian dipaparkan ke dalam PEMUDA UMNO SELANGOR [...]
  • norhayati: Syabas saya ucapkan kepada Pemuda Selangor kerana dapat menyediakan website rasmi Pemuda Selangor Ma [...]
  • lembu: salam bro, aku pun orang daerah sepang yg duduk kat sek 23 shah aalam, tolonglah jaga anak buah ko k [...]
  • hiruma: macam mane bleh pinjam byk2 macam tu..... aku nak wat pnjaman 20k pn x lpas.... [...]
  • naibketuapemuda cawangan sentosa jaya: bukan main begaya tn hj leeman kat belakang dato zahid tu..senyum je.. [...]
1PEMUDA SELANGOR – PEMBELA NASIB RAKYAT

Video Pilihan

 

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Dato' Sri Najib Razak
Khairy Jamaluddin
1Pemuda Selangor – Pembela Nasib Rakyat
pendaftaran keahlian umno
Photobucket