PKR Makin Kucar Kacir Di Selangor

In: Berita Pemuda

2 Nov 2009

Shah Alam — Langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang  mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR semalam menunjukkan parti itu sedang menghadapi krisis keyakinan yang cukup serius.

 

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali ketika diminta mengulas mengenainya menyifatkan PKR hari ini umpama bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja.

Menurut beliau ketidakpuasan hati pimpinan PKR terhadap pucuk pimpinan hususnya terhadap Penasihat mereka, Datuk Seri Annwar Ibrahim bakal sampai ke kemuncak dalam sedikit masa lagi.

 

“Tindakan Badrulhisham itu adalah satu terjemahan yang jelas kepada kita bahawa PKR hari ini tidak lagi mampu untuk bergerak dengan lebih jauh.

 

“Macammana nak urus tadbir  negeri dengan baik jika terdapat di kalangan mereka yang hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan sendiri.

 

“Ini di Selangor. Di Sabah pun hebat juga krisis yang berlaku. Itu belum kita tengok lagi di negeri-negeri lain. Sekarang mereka tagih simpati rakyat untuk terus sokong mereka sedangkan pemimpin mereka sendiri hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan”, katanya.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang  mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR.

Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Badrul Hisham, 49, berkata, beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, keputusannya keluar daripada PKR itu disebabkan sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

Suhaimi yang juga Ketua Pemuda Sepang seterusnya berkata politiking yang berterusan di dalam parti terbabit menyebabkan pakatan pembangkang hilang tumpuan untuk memerintah Selangor dengan berkesan.

Justeru beliau menasihatkan MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan tumpuan yang serius dalam usaha melicinkan pentadbiran dan melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mengaitkan tindakan ADUN Pelabuhan Klang itu dengan BN dan sebagainya.

“Ini masalah mereka sendiri tiada kaitan dengan UMNO mahupun BN. Pembangkang patut cermin diri, jangan jadi macam budak-budak asyik cari salah orang lain”, ujarnya.

 

 

Komen anda

Info Web

Selamat datang ke laman web YBhg Hj Suhaimi, Ketua Pemuda UMNO Selangor.

  • Mohd Khairul IDzwan Bin Mohd Saad: apa kata kalo senanrai ajak disediakan untuk semua bahagian dipaparkan ke dalam PEMUDA UMNO SELANGOR [...]
  • norhayati: Syabas saya ucapkan kepada Pemuda Selangor kerana dapat menyediakan website rasmi Pemuda Selangor Ma [...]
  • lembu: salam bro, aku pun orang daerah sepang yg duduk kat sek 23 shah aalam, tolonglah jaga anak buah ko k [...]
  • hiruma: macam mane bleh pinjam byk2 macam tu..... aku nak wat pnjaman 20k pn x lpas.... [...]
  • naibketuapemuda cawangan sentosa jaya: bukan main begaya tn hj leeman kat belakang dato zahid tu..senyum je.. [...]
1PEMUDA SELANGOR – PEMBELA NASIB RAKYAT

Video Pilihan

 

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Dato' Sri Najib Razak
Khairy Jamaluddin
1Pemuda Selangor – Pembela Nasib Rakyat
pendaftaran keahlian umno
Photobucket