In: Berita Pemuda
8 May 2009
Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah melewati usia sebagai seorang belia dan tidak lagi berupaya memahami aspirasi seterusnya memimpin golongan tersebut.
Ketua Pemuda Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali berkata, seharusnya Abdul Khalid yang juga Exco bertanggungjawab berkaitan pembangunan belia dan sukan di negeri itu sedar beliau seharusnya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada pemimpin lebih muda dan mampu fokus terhadap tugas tersebut.
“Saya rasa beliau patut lepaskan (potfolio belia dan sukan) memandangkan usia semasa menyaksikan golongan belia perlu diberi perhatian khusus memandangkan wujud kebimbangan beliau tidak mampu focus menangani isu peningkatan gejala sosial anak muda di negeri ini.
“Walaupun mempunyai jabatan dan kakitangan tertentu yang membantu tugas beliau, tuntutan masa dan perhatian yang serius perlu diberikan untuk menjaga kebajikan beliau harus diutamakan, lagipun rasanya umurnya sudah tidak sesuai untuk memimpin golongan belia”.
Bagi Suhaimi, kesibukan dan masa terhad Abdul Khalid melaksanakan tugas sebagai menteri besar juga menjadi faktor yang harus dipertimbangkan agar fungsi membela nasib belia harus diserahkan kepada pemimpin muda lain.
“Kebajikan beliau dan perkembangan sukan di negeri ini yang juga berkaitan rapat dengan golongan belia memerlukan suntikan semangat memimpin daripada pemimpin muda yang agresif, mempunyai idea baru dan cerdas.
“Saya berharap beliau bersedia melepaskan dua tugas tersebut demi kebaikan golongan belia di negeri ini,” katanya.
Selamat datang ke laman web YBhg Hj Suhaimi, Ketua Pemuda UMNO Selangor.
3 Responses to MB sudah berumur, tidak sesuai pimpin belia
H Leeman
May 8th, 2009 at 9:11 pm
Mari kita kuburkan Pakatan Rakyat!!!! kita kembalikan zaman kegemilangan BN!!! Hidup Pemuda!!!!
A Rahman Salleh
June 25th, 2009 at 12:34 am
Salammm…Tahniah atas perlantikan,,..syabass bro…klu lu handle pemuda,,confirm BN menang akan datang…wa bangga ngan lu bro…”"HIDUP SUHAIMI”"”"
lembu
September 12th, 2009 at 8:44 am
salam bro, aku pun orang daerah sepang yg duduk kat sek 23 shah aalam, tolonglah jaga anak buah ko kat seksyen 23 ni, aku tahu mrk2 ni UMNO yag saja buat malu orang ISLAM Melayu, kalau nak berjuangpun tak perlu jdi kurang ajar, biadap, dan bodoh,,,mcm lembu, aku yakin UMNO akan lebih paarah lagi dlm PRU akan dtg sbb orang melihat PAS lebih baik mewakili melayu dari UMNO…akupun dul u UMNO gak sebab mak aku Ketua Wanita UMNO cawangan….dan bapa aku pun Bendahari UMNO Cawangan…, tapi dah meluat tengok watak UMNO dlm kepimpian di Selangor ni, ko tengok je apa berlaku kat Shah Alam, Shah Alam ni ramai educated compare tu penduduk Sepang… sbb tu senang je nak rampas Shah Alam dari BN so,,,beware of cow head…