Pas pelopor rasuah politik: Suhaimi

In: Berita Pemuda| Isu Semasa

20 May 2009

ybsuhaimiPergerakan Pemuda UMNO negeri mendakwa Pas adalah pelopor kepada amalan rasuah politik dengan mempromosi janji nikmat syurga atau neraka dan meraih undi rakyat.

Ketua Pemuda Negeri Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali berkata, semua pihak sedia maklum pendekatan parti yangt sering memanipulasi agama termasuk ‘peluang’ ke syurga sekiranya mengundi mereka dan neraka adalah balasan kepada pengundi yang memilih parti lain selain Pas.

Mereka yang mulakan ‘suapan awal’ dengan janji-janji agama kononnya undi Pas masuk syurga. Itulah yang dicadangkan untuk meraih sokongan dan tidak mustahil sogokan kepada perwakilan menjelang Mukhtamar parti untuk mendapat kuasa mula munular.

“Kalau dulu (sebelum berkuasa) dah beri macam-macam janji agama untuk raih undi, jangan cuba salahkan pihak lain kononnya menjadi punca terhadap amalan negative tersebut yang kini menjadi sebahagian amalan pemimpin mereka,” katanya semalam.

Suhaimi berkata demikian ketika mengulas reaksi sesetengah pemimpin Pas yang cuba menyalahkan pihak keyiga termasuk ahlibaru parti yang menyertai parti itu sebagai antara punca menularnya amalan politik wang menjelang Mukhtamar, bulan hadapan.

Ahli baru yang dimaksudkan ialah ahli dari kalangan parti politik lain termasuk UMNO atau yang tidak pernah berpolitik.

Menurutnya lagi,sikap mencari salah pihak lain bagi menutup kelemahan dan konflik dalaman parti mereka sememangnya menjadiamalan bagi mengalih perhatian rakyat dan penyokong mereka.

“Kita yakin isu tersebut berlakudalam Pas selepas misi mengejar kuasa telah mendahului perjuangan sebenar dalam parti hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi tuntutan tersebut.

“Mereka bijak menggunakan janji-janji politik termasuk manipulasi agama untuk kepentingan parti mereka,” demikanlah yang dikatakan oleh YBhg Suhaimi yang juga merupakan Ketua Pemuda Sepang.

3 Responses to Pas pelopor rasuah politik: Suhaimi

Avatar

shams

June 23rd, 2009 at 2:29 pm

Assalamualaikum YB Suhaimi, i would like to know who is ketua pemuda in my area, Mahkota cheras or area nearby, i would like to join pemuda program, thanks.

with warmth regrads
shamsudin yassin

Avatar

meeG

July 11th, 2009 at 12:55 pm

betui ka hangpa ni tidok mcm kata blog anti pkr

Avatar

Anti Pembunuh

July 26th, 2009 at 6:50 pm

Kalau dah pembunuh, pembunuh lah jugak! Korang tak payah nak berselindunglah. Satu Malaysia dah tahu korang tak payah nak jual temberang lagi lah!

Komen anda

Info Web

Selamat datang ke laman web YBhg Hj Suhaimi, Ketua Pemuda UMNO Selangor.

  • Mohd Khairul IDzwan Bin Mohd Saad: apa kata kalo senanrai ajak disediakan untuk semua bahagian dipaparkan ke dalam PEMUDA UMNO SELANGOR [...]
  • norhayati: Syabas saya ucapkan kepada Pemuda Selangor kerana dapat menyediakan website rasmi Pemuda Selangor Ma [...]
  • lembu: salam bro, aku pun orang daerah sepang yg duduk kat sek 23 shah aalam, tolonglah jaga anak buah ko k [...]
  • hiruma: macam mane bleh pinjam byk2 macam tu..... aku nak wat pnjaman 20k pn x lpas.... [...]
  • naibketuapemuda cawangan sentosa jaya: bukan main begaya tn hj leeman kat belakang dato zahid tu..senyum je.. [...]
1PEMUDA SELANGOR – PEMBELA NASIB RAKYAT

Video Pilihan

 

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Dato' Sri Najib Razak
Khairy Jamaluddin
1Pemuda Selangor – Pembela Nasib Rakyat
pendaftaran keahlian umno
Photobucket