Pemuda Akan Jelajah Kawasan Termasuk Estet Di Bagan Pinang – Khairy

In: Berita Pemuda

28 Sep 2009

Oleh S.A Najmuddin

Putrajaya — Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan bergerak ke segenap pelusuk sehingga kawasan estet yang bermajoriti kaum India dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Menurut beliau gerakan tersebut yang dilaksanakan atas platform Pemuda BN itu diharap mampu menterjemahkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada BN pada hari pengundian nanti.

“Kita berharap semua pemimpin BN juga mengambil tindakan sama kerana terdapat empat peti undi daripada lapan yang majoritinya kaum India, jadi kita perlu sokongan daripada parti yang mempunyai pemimpin daripada kaum itu.

“Saya sudah bermesyuarat dengan Pemuda MIC sebelum Aidilfitri lalu dan mereka bersetuju bekerjasama sebagai satu pasukan.
Beliau berkata demikian pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, di sini, Sabtu.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga milik pembangkang, iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR), manakala satu lagi kerusi, DUN Linggi dimenangi BN.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata pilihan raya kecil kali ini sangat penting selepas kekalahan BN di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

“Kerusi itu kerusi BN, terletak dalam negeri yang boleh dikategorikan sebagai negeri selamat berbanding Kelantan dan Permatang Pauh. Saya yakin kita mampu mempertahankan kerusi itu berdasarkan sokongan dan bantuan yang akan diberikan kepada BN,” katanya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu, Pemuda BN tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan pilihan raya kecil berkenaan.

“Jentera kita di Teluk Kemang adalah kuat dan bersatu untuk memastikan kemenangan BN kelak”, katanya.

Komen anda

Info Web

Selamat datang ke laman web YBhg Hj Suhaimi, Ketua Pemuda UMNO Selangor.

  • Mohd Khairul IDzwan Bin Mohd Saad: apa kata kalo senanrai ajak disediakan untuk semua bahagian dipaparkan ke dalam PEMUDA UMNO SELANGOR [...]
  • norhayati: Syabas saya ucapkan kepada Pemuda Selangor kerana dapat menyediakan website rasmi Pemuda Selangor Ma [...]
  • lembu: salam bro, aku pun orang daerah sepang yg duduk kat sek 23 shah aalam, tolonglah jaga anak buah ko k [...]
  • hiruma: macam mane bleh pinjam byk2 macam tu..... aku nak wat pnjaman 20k pn x lpas.... [...]
  • naibketuapemuda cawangan sentosa jaya: bukan main begaya tn hj leeman kat belakang dato zahid tu..senyum je.. [...]
1PEMUDA SELANGOR – PEMBELA NASIB RAKYAT

Video Pilihan

 

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Dato' Sri Najib Razak
Khairy Jamaluddin
1Pemuda Selangor – Pembela Nasib Rakyat
pendaftaran keahlian umno
Photobucket