In: Berita Pemuda| Galeri
20 May 2009
MASIH belum terlewat mengucapkan Hari Guru kepada semua warga pendidik, kesempatan ini diambil oleh Ketua Pergerakan Pemuda Selangor yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Sepang, YBhg Suhaimi Mohd Gazali meraikan guru-guru bagi sekolah daerah Sepang sempena hari guru yang lalu.
Hampir kesemua sekolah di daerah Sepang dilawati oleh beliau termasuklah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, bagi beliau tiada bezanya diantara guru-guru di sekolah jenis Melayu, Cina dan Tamil kerana mereka adalah pendidik anak bangsa.
Sesungguhnya, guru adalah aset yang paling bernilai dalam kita merangka proses pembangunan negara. Dalam melaksanakan tugas dan tanggunjawab mereka, para guru yang menabur khidmat di seluruh pelosok negara, tentunya tidak pernah jemu-jemu mencurahkan bakti kepada anak-anak didik mereka bagi membolehkan lahirnya golongan profesional yang dapat membangunkan negara. Dengan sentuhan kasih sayang, guru mendidik anak-anak didik mereka bukan hanya sekadar menjadi insan yang berilmu dan berhemah tinggi, malahan melahirkan anak-anak yang mulia pekertinya. Usaha gigih secara berterusan yang dilakukan oleh para guru ini adalah sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi intelek., emosi, rohani dan jasmani. Inilah matlamat akhir kita dalam pendidikan di negara ini iaitu untuk melahirkan generasi masa depan yang teguh peribadi, berilmu dan berketrampilan dalam segala bidang kehidupan demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara.
Pemuda Selangor mengucapkan Terima Kasih Kepada semua guru-guru di Negeri Selangor dan diseluruh Malaysia… Selamat Hari Guru.

YBhg Suhaimi bersama Guru Besar Sekolah Tamil Dengkil Pn Amani

Kelihatan YBhg Suhaimi memotong kek sempena hari guru


Gambar suasana Majlis Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Selangor yang dihadiri oleh Datuk Seri Najib







Selamat datang ke laman web YBhg Hj Suhaimi, Ketua Pemuda UMNO Selangor.